seismik

Zara Zya Dakwa Suara Tidak Disunting Ketika Menyebut 'Iblis' - "Itulah Suaranya, Dia Ada"

Seram juga dengar.

Cover image via Alha alfa (YouTube)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini kecoh selepas tular sebuah klip temu bual memaparkan selebriti Zara Zya

Menerusi klip berkenaan, aktres berkenaan sedang ditemu bual di dalam satu podcast yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun di YouTube.

Di dalam podcast tersebut, Zara menceritkan pengalaman menyeramkan selepas dia diganggu perkara mistik.

Suara tiba-tiba 'bertukar' ketika menyebut iblis

Apa yang lebih mengejutkan, semasa dia menceritakan dan menyebut perkataan 'iblis', suaranya tiba-tiba bertukar menjadi lain.

Selepas tularnya klip berkenaan, Zara memberitahu di media sosial bahawa suara yang keluar ketika menyebut perkataan iblis ketika sesi podcast tersebut tidak disunting sama sekali.

Pelakon berkenaan memberitahu itulah suara sebenar 'makhluk' tersebut menerusi sebuah hantaran di aplikasi Threads.

"Wallahi, ketika saya sebut perkataan iblis itu, suara saya tidak disunting. Itulah suara dia (iblis), dia ada," katanya.

Sebelum ini, Zara juga pernah berkongsi perkara mistik yang dipernah dialaminya iaitu bertukar menjadi ular dalam mimpi.

Malah, bercerita pengalaman pernah diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran. 

Lihat video penuh podcast itu di bawah:

Semoga baik-baik saja buat Zara :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: