"What If I Campak Dia" - Ibu Luah Fikiran Menakutkan, Ramai Nasihat Jangan Layan
Harap semuanya baik-baik sahaja.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Anak adalah satu rezeki yang paling berharga buat pasangan yang sudah berkahwin
Bukan semua orang dapat merasakan peluang ini. Malah, ada yang berusaha melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat.
Namun, selepas melahirkan anak, ia bukanlah satu perkara yang mudah buat pasangan. Hal ini kerana mereka perlu mengorbankan waktu tidur, rehat dan sebagainya demi menjaga anak.
Ada pula yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga zuriat mereka. Sudah tentu ini pengorbanan yang sangat bermakna.
Tetapi, lain pula dengan perkongsian seorang wanita yang meluahkan pemikiran menakutkannya yang mendapat perhatian ramai.
Rasa fikiran 'pelik' nak buat pada anak
Menerusi perkongsian di laman X, seorang wanita berkongsi dia baru sahaja menjadi ibu kepada anak sulungnya dan kini sudah memasuki lima bulan.
Menurutnya, dia tinggal di sebuah kondominium yang berada di tingkat tujuh. Katanya, setiap kali dia membawa bayinya ke luar beranda, pemikiran 'menakutkan' itu tiba-tiba sahaja muncul.
"Everytime i ada thoughts what if i campak anak i ke bawah. Lepastu i terus ke belakang dan peluk anak i kuat-kuat. Adakah i gila?," soalnya.
Ramai nasihat jangan layan perasaan tersebut
Malah, persoalan itu mendapat perhatian ramai dan mereka menasihatkan agar wanita berkenaan tidak terlalu melayan perasaan.
Ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah intrusive thought (pemikiran intrusif). Di mana ia adalah pemikiran, gambaran, bayangan, desakan yang tidak diingini yang tiba-tiba muncul dalam kotak fikiran dalam situasi-situasi tertentu.
Pemikiran itu biasanya berbentuk sangat negatif dan di luar capaian fikiran atau sifat kita samada berbentuk keganasan, malapetaka, jenayah, mudarat diri atau orang lain. Ia menimbulkan tekanan pada yang mengalaminya.
Lihat antara komen-komen daripada netizen di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!