[VIDEO] Pasangan Kreatif Buat Majlis Kahwin Bertemakan Klasik Jadi Perhatian Ramai
Good vibes betul!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi pasangan yang bakal melansungkan perkahwinan, pasti sudah rasa tidak sabar untuk meraikan hari bahagia bukan?
Selepas lama membuat persiapan, akhirnya diraikan dalam satu majlis. Sudah tentu majlis perkahwinan merupakan perkara penting untuk pasangan raja sehari.
Malah, ada yang sanggup berhabis duit untuk mendapatkan tema idaman mereka, ada pula yang santai saja mengikut kemampuan masing-masing. Pelbagai jenis tema perkahwinan juga kita boleh lihat di media sosial.
Baru-baru ini, tema majlis perkahwinan pasangan pengantin ini mencuri tumpuan kerana berkonsepkan mengimbau pada zaman dahulu.
Buat tema klasik imbau kenangan dahulu
Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah keluarga sedang mempersiapkan dekorasi di majlis perkahwinan.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah tema majlis perkahwinan pasangan pengantin dilihat mengimbau kenangan pada zaman dahulu.
Bertema klasik, ahli keluarga dilihat mengenakan pakaian seperti zaman 90-an. Malah, stesen makanan dan booth ambil gambar juga dilihat selari dengan tema berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!