Terpaksa Pasang Pagar Untuk Halang Anjing Liar Masuk, Pemilik Dobi Terima Pelbagai Reaksi
Pemilik dobi mendakwa ia menjadi cabaran besar buat mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi umat Islam, ada beberapa perkara yang harus dititik beratkan daripada segi pemakanan sehingga kepada haiwan peliharaan
Bukan semua haiwan boleh dipegang kerana Islam sangat mengambil berat dalam pelbagai aspek. Jadi, ia perlu lebih berwaspada agar tidak melakukan kesilapan.
Contohnya, orang Islam tidak boleh memegang anjing tanpa sebarang keperluan kerana anjing dikategorikan sebagai najis mughallazah. Lebih-lebih lagi, menyentuh najis tanpa sebarang keperluan juga adalah bertentangan dengan sifat orang Muslim itu sendiri.
Walau bagaimanapun, tidak mengapa menyentuhnya jika ada keperluan seperti mereka yang membelanya sebagai haiwan pemburu, pemandu jalan orang buta, penjaga rumah dan ternakan, atau bagi tujuan merawatnya dan sebagainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pemilik dobi yang berkongsi cara mereka menghalang daripada kehadiran anjing liar di kawasan berkenaan.
Terpaksa membuat pagar untuk jaga kebersihan pelanggan yang hadir ke dobi
Menerusi video tersebut, akaun TikTok berkenaan berkongsi cara mereka menangani masalah kehadiran anjing liar yang memasuki ke dalam kawasan dobi mereka.
Oleh kerana ingin menjaga kebersihan terutama buat pelanggan Islam yang datang, mereka terpaksa membuat pagar untuk menghalang haiwan tersebut.
"Siapa sangka, salah satu cabaran terbesar yang dihadapi oleh pemilik dobi adalah kehadiran haiwan peliharaan yang mencari tempat untuk tidur! Tapi, kami tidak membiarkannya mengganggu kualiti perkhidmatan kami," tulisnya.
Namun, usaha mereka itu malah dipertikaikan oleh segelintir pihak yang merasa kasihan pada haiwan terbabit.
Ada yang mempertikaikan kehadiran kucing dibenarkan tetapi tidak bagi anjing. Tetapi, ada juga yang menyokong usaha mereka itu.
Lihat antara komen-komen di bawah:
Ini juga adalah kebaikan untuk pengguna yang lain. Mungkin pemilik takut ada najis atau sebagainya ;)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!