seismik

Peniaga Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Sendiri Makan Burger Di Kedainya Bukan Dalam USD

Wow!

Cover image via @syokgeng (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, baru-baru ini kecoh dengan kehadiran pencipta kandungan YouTube sensasi, IShowSpeed yang berada di Kuala Lumpur

Kehadirannya bukan sahaja menjadi fenomena di negara ini, malah turut membuka rezeki kepada peniaga.

Salah satunya adalah seorang peniaga burger yang menjadi perhatian ramai selepas YouTuber itu memuji keenakan burger di kedainya. 

Dedah jumlah mata wang yang diterima

Menerusi video di TikTok, peniaga berkenaan memberitahu YouTuber tersebut telah membayar burger yang disediakannya itu dengan mata wang Kemboja.

Difahamkan, IShowSpeed telah membayar lebih RM350 untuk sebiji burger ‘special’ di kedainya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Dia bagi itu hari bukan dalam USD, tetapi mata wang Kemboja. Semuanya ada tujuh keping dan setiap keping 50,000.

"Anda kiralah sendiri berapa semua ini ya. Tetapi di sini harga burger ini masih sama," katanya.

@syokgeng Replying to @Tengku. Tengok sampai habis #syokgeng #syokpod #syokbar #dreammade original sound - syokgeng

Datang kembali ke Malaysia dan singgah di Johor untuk bertemu dengan TMJ

Malah, dia kembali ke Malaysia dan berada di Johor Bahru selepas beberapa hari. Dia sempat bertemu dengan Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali dengan TMJ selepas ​​melawat Stadium Sultan Ibrahim.

Dalam pertemuan itu juga, Speed sempat perlawanan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kelantan Darul Naim semalam. Bukan itu sahaja, YouTuber berkenaan dilihat turut hadir dengan memakai jersi JDT.

TMJ juga dilihat teruja dapat bertemu Speed dan sempat berkongsi perbualan video call anak-anaknya yang juga merupakan peminat YouTuber tersebut.

Fenomena betul kehadiran IShowSpeed ni ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: