seismik

[VIDEO] Sekumpulan Minah Salleh Teruja Belajar Dikir Barat - "Mula-Mula Tengok Dari Bawah"

Enjoy your time here!

Cover image via @anishahira22 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya

Jadi, tidak hairanlah semakin lama semakin ramai perlancong yang memilih untuk melancong ke Malaysia.

Selain daripada makanan di negara yang pelbagai, mereka juga boleh melihat sendiri persembahan menarik yang boleh dijumpai di Malaysia.

Salah satunya adalah persembahan dikir barat. Umum sedia maklum, dikir barat merupakan satu persembahan negeri Kelantan yang disampaikan secara berkumpulan.

Mula-mula tengok dari bawah, sekali tertarik nak belajar menari sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang individu berkongsi situasi di mana sekumpulan pelancong yang tertarik untuk belajar dikir barat.

Difahamkan, pada awalnya mereka hanya melihat kumpulan tersebut membuat latihan persembahan daripada bawah.

Namun, mereka dijemput naik ke atas pentas dan belajar sendiri melakukan persembahan berkenaan.

"Minah-minah Salleh Dikir Barat. Bukan main semangat lagi. Nanti kita up lagi sebelum dorang naik atas pentas. Siap joget lagi mula-mula tengok dari bawah pentas," tulisnya.

Lihat video itu di bawah:

@anishahira22 Minah2 Salleh Dikir Barat . Bukan main semangat lagi . Nnti kita up lagi sebelum dorang naik atas pentas . Siap joget lagi mula2 tengok dari bawah pentas #dikirbarat #dataranmerdeka #minahsalleh bunyi asal - ASYRAF
@anishahira22 Membalas kepada @(M-K) bunyi asal - ASYRAF

Kemah demo! Sempat boleh belajar lagi :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: