seismik

Individu Sempat Rakam Momen Dirinya Hampir Diragut Tepi Jalan - "Nasib Baik Selamat"

Nasib baik tak jadi apa-apa.

Cover image via @giomarcos3 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekarang ini, banyak kes jenayah berlaku dalam masyarakat kita

Disebabkan itu, kita perlu berhati-hati walau di mana kita berada, tidak kira sama ada bagi kaum lelaki atau perempuan. Jenayah ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Tambahan lagi, jika anda berjalan seorang diri. Anda perlu lebih berhati-hati dan elakkan berjalan tempat yang gelap dan tidak ramai orang.

Seperti video yang tular di TikTok ini ketika seorang individu berdepan detik cemas kerana hampir jadi mangsa ragut di tepi jalan.

Terus jatuhkan telefon bimbit dan tendang motor peragut

Menerusi video tersebut, ketika itu individu berkenaan sedang berjalan seorang diri di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada jam 5.00 pagi di Bukit Bintang selepas dia didatangi individu menaiki motosikal dan cuba merampas telefon bimbitnya.

Namun, dengan tindakan yang pantas, individu berkenaan terus menjatuhkan telefon bimbitnya di atas jalan dan menendang tayar motosikal penunggang terbabit.

Malah, individu tersebut siap mengejek peragut terbabit kerana tidak berjaya mengambil telefon bimbitnya.

Lihat video di bawah:

@giomarcos3 #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE hampir dirag*ut tadi, tapi sbb kita dah elert dgn persekitaran. hati2 ye #jenayah #bukitbintang #fyp #lembutjetapijantan original sound - Gio Marcos

Tindakan awak memang berani ya! Mujur awak selamat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: