Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Filem Saka Perawan: Sophia Pontianak Generasi Baharu Selepas Maya Karin!

Jangan lupa saksikan filem Saka Perawan 27 Jun ini!

Cover image via XTRA

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Filem Pontianak Harum Sundal Malam merupakan antara filem seram yang popular di Malaysia

Filem tersebut dibintangi oleh pelakon handal, Maya Karin. Lakonannya mendapat sambutan hangat di pasaran suatu ketika dahulu.

Tidak lama kemudian, filem Dendam Pontianak yang dibintangi Fazura juga menarik perhatian ramai dengan lakonannya yang hebat dan jalan cerita yang luar biasa.

Terbaru, Sophia AlBarakbah bakal menggalas watak dalam filem Saka Perawan yang melakonkan karakter Pontianak. Adakah Sophia bakal mewarisi title pontianak Malaysia bagi generasi baharu?

Image via @sophiekoshka (IG)

Saka Perawan mengisahkan tentang misteri di sebalik kesusahan nenek yang berusia 80 tahun untuk meninggal dunia disebabkan saka

Sudah hampir sebulan nenek terlantar dan doktor perubatan juga tiada jawapan kepada misteri penyakit nenek ini. Rupa-rupanya, nenek pernah membela saka yang telah diwarisi dari keturunannya pada masa lalu.

Menurut perjanjian, saka nenek itu perlu diserahkan kepada keturunannya yang masih dara atau perawan sebelum meninggal dunia. Jadi, adakah nenek ini berjaya mencari pewaris Saka Perawan?

Menariknya, filem ini dibintangi oleh gabungan barisan pelakon legend dan baru seperti Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam, Afieq Shazwan, Azlee, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Mamak Puteh, Datuk Fauziah Nawi, Wilma Muhammad dan ramai lagi.

Image via tonton

Tunggu apa lagi? Jangan lupa tonton di pawagam terdekat 27 Jun ini!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment