Saling Melengkapi, Foto Ibu ‘Guide’ Ayah Baca Al-Quran Setiap Malam Ini Buat Netizen Sebak
Menerusi caption yang ditulis anak gadis pasangan itu, ibunya akan mengajar ayah mengaji pada setiap malam kerana ayahnya dikatakan kurang fasih membaca Al-Quran.
Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan Ramadan
Dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT, bulan Ramadan adalah kesempatan yang paling berharga untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran, sama ada secara bertadarus ataupun berseorangan, lebih-lebih lagi sehingga menamatkan (khatam) bacaan 30 juz Al-Quran.
Image via The Vocket
Walau bagaimanapun, buat mereka yang jarang membaca kitab itu pasti merasa sukar untuk melakukannya kerana khuatir bacaan akan tidak lancar dan tergagap-gagap. Namun, bagi yang sudah dewasa dan masih belum mampu membacanya dengan betul, usah malu untuk belajar.
Image via Blog Art Quran
Bahkan, Rasulullah SAW menjanjikan kelebihan berganda bagi mereka yang tidak lancar dan berusaha mempelajarinya.
Sabda baginda SAW: “Seorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa selalu taat kepada Allah SWT, adapun, yang membaca Al-Quran dan tersekat-sekat di dalamnya dan sulit atasnya bacaan tersebut, maka, baginya dua pahala.” (Riwayat Muslim)
Baru-baru ini, beberapa gambar seorang wanita sedang mengajar suaminya membaca Al-Quran telah tular di laman sosial
Gambar tersebut sebenarnya telah dimuat naik anak gadis pasangan suami isteri itu melalui laman Twitter.
Menerusi caption yang ditulis gadis bernama Nisha itu, ibunya akan mengajar ayah mengaji pada setiap malam kerana ayahnya dikatakan kurang fasih membaca Al-Quran.
Image via Twitter @soitsnisha
Image via Twitter @soitsnisha
Image via Twitter @soitsnisha
Image via Twitter @soitsnisha
Ternyata, perbuatan yang ditonjolkan ibu bapa Nisha itu telah berjaya menarik perhatian pengguna Twitter yang lain
Hasil tinjauan di ruangan reply perkongsian itu mendapati rata-rata warganet terinspirasi dengan sikap ibu serta ayahnya itu. Bahkan, ada yang menginginkan pasangan seperti ini dikemudian hari. Bukan itu sahaja, terdapat juga yang tersentuh melihat si ayah mencium tangan isterinya.
Antara komen menarik dari warganet:
Image via Twitter @soitsnisha
Image via Twitter @soitsnisha
Image via Twitter @soitsnisha
Alhamdulillah. Sejuk hati melihat pasangan suami isteri ini. <3
Lagi perkongsian menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment