seismik

Berniat Nak Khatam Al-Quran Di Ramadan Ini? Lelaki Ini Kongsikan Jadual Untuk Panduan Anda

Bagus perkongsian lelaki ini! Harap kita boleh ikut k.

Cover image via Twitter @aizuddinhamid

Bulan Ramadan sememangnya bulan yang sangat dinanti-nantikan umat Islam di seluruh dunia

Image via tribun news

Di bulan yang mulia ini, umat Islam pastinya berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dan juga amal jariah bagi mengutip pahala yang berlipat ganda.

Antara ibadah yang sering dilakukan umat Islam pada bulan ini adalah menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah, membaca Al-Quran, bersedekah dan banyak lagi.

Setiap kali tibanya Ramadan, sudah pasti akan terselit 'niat' untuk mengkhatamkan satu kitab Al-Quran bukan?

Image via Kiblat.net

Namun meskipun niat itu ada, mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak mampu mencapai matlamat tersebut.

Antara sebab yang mungkin membawa kepada kegagalan mengkhatamkan satu kitab Al-Quran di bulan Ramadan ini adalah kerana kekangan masa dan juga beberapa faktor lain.

Justeru itu, untuk mencapai semula matlamat itu di bulan Ramadan kali ini, apa kata anda ikuti perkongsian jadual untuk mengkhatam Al-Quran yang dibuat oleh seorang individu ini

Perkongsian tersebut telah dibuat oleh seorang pengguna Twitter bernama Aizuddin Hamid.

Baru sahaja tiga jam ia dikongsikan, tips yang diberikan oleh lelaki ini telah mendapat lebih daripada 1 ribu RTs dengan hampir 2 ribu tanda suka.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Image via @aizuddinhamid

Harap jadual ini dapat membantu anda mencapai hasrat mengkhatam Al-Quran di bulan Ramadan pada tahun ini. Apa pun, selamat menyambut bulan Ramdan dari kami di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jom beribadah dan tunaikan kewajian di bulan Ramadan:

You may be interested in: