Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

“Sedihnya” - Netizen Sayu Lihat Foto Rakyat Beratur Panjang Luar Pajak Gadai Susulan PKPB

Gambar-gambar tersebut diambil di kawasan bandaraya Ipoh dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur serta di Selangor.

Cover image via Twitter

Sejak semalam, tular di laman-laman sosial beberapa gambar orang ramai berbaris di depan pajak gadai

Perkara ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana kebanyakan premis perniagaan boleh mula beroperasi manakala kenderaan persendirian kini dibenarkan dinaiki hingga empat orang.

Image via Facebook Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin

Susulan daripada itu, pembukaan semula premis pajak gadai pula telah memperlihatkan bagaimana orang ramai rela beratur panjang di luar kedai saat ianya dibuka.

Image via Facebook Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin

Image via Facebook Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin

Tidak dapat dinafikan gambaran tersebut menyebabkan ramai yang mula beranggapan tujuan mereka ke kedai pajak adalah untuk menggadai barang emas atau barangan berharga dengan pulangan wang ringgit.

Menerusi perkongsian gambar-gambar di Twitter, rata-rata pengguna laman sosial itu meluahkan rasa simpati melihat keadaan mereka yang beratur di hadapan kedai pajak

Ramai warganet telah memberikan kata semangat kepada semua yang berdepan dengan situasi berkenaan di samping mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan diberi peluang untuk terus kuat di waktu mencabar ini.

Difahamkan, gambar-gambar tersebut diambil di kawasan bandaraya Ipoh dan beberapa lokasi di Kuala Lumpur serta di Selangor.

Presiden Persatuan Pajak Gadai Malaysia bagaimanapun mengatakan tidak ada peningkatan besar dalam jumlah orang yang menggadai barang berharga

Menurutnya, kebanyakan mereka yang beratur di luar kedai pajak gadai adalah sama ada untuk membayar bunga, memperbaharui tempoh bayaran ataupun menebus semula tiket gadai mereka.

"Terdapat banyak orang yang beratur di luar kedai kerana kami tidak buka selama satu setengah bulan, dan kami hanya dibenarkan beroperasi setiap hari antara jam 9 pagi hingga 2 petang," ujarnya.

Apabila mendapat tahu bahawa kedai pajak gadai dibenarkan untuk beroperasi, barulah orang ramai bergegas datang tetapi ini hanya berlaku pada satu jam pertama.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment