"Bau Hanyir" - Gadis Buat Agar-Agar Ikan Keli Ini Buat Ramai Loya Tekak Sampai Nak Muntah
Geli tengok dia makan.
Agar-agar merupakan satu makanan pencuci mulut yang digemari ramai
Tambahan lagi, jika agar-agar yang diperbuat daripada buah-buahan atau santan. Sudah semestinya manis dan rasa segar apabila disejukkan.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gadis membuat agar-agar ikan keli telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba buat agar-agar perisa ikan keli di rumah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuat agar-agar di dapur rumahnya.
Apa yang membuatkan semua tergamam adalah apabila dia dilihat membuat agar-agar yang tidak pernah dibuat oleh orang lain sebelum ini.
Dia membuat agar-agar ikan keli yang berbau hanyir kerana ikan itu direbus begitu saja. Kemudian, gadis itu dilihat menuangkan air agar-agar ke dalam bekas yang berisi ikan keli.
Kemudian, pada akhir video dia dilihat makan agar-agar itu dan memberi rate 7/10.
Image via @tersakitiiii10 (TikTok)
"Ikan keli tu pun macam tak masak lagi, mesti busuk gila" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 14 juta tontonan, 550M tanda suka dan 75K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @tersakitiiii10 (TikTok)
Image via @tersakitiiii10 (TikTok)
Image via @tersakitiiii10 (TikTok)
Baik akak rahsiakan sajalah resepi ini, geli!
Like* Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment