seismik

Ibu Ayah, Ini Syarat Kelayakan & Cara Mohon Car Seat Percuma Untuk Anak Anda!

Ibu bapa B40 dan M40 layak untuk terima manfaat ini.

Cover image via The Asian Parents

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan sebelum ini telah mewajibkan penggunaan car seat kanak-kanak demi keselamatan

Penggunaan kerusi keselamatan adalah diwajibkan kepada kanak-kanak yang mempunyai berat kurang 36kg atau ketinggian kurang 136cm atau berumur kurang 12 tahun. 

Ia disebabkan mereka mudah terdedah dengan kecederaan serius apabila kemalangan kerana mempunyai otot bahagian tengkuk yang masih lemah. 

Namun, seperti umum ketahui, harga car seat di pasaran bukanlah murah dan tidak semua orang mampu untuk membelinya. 

Jadi, baru-baru ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah memberikan bantuan kepada ibu bapa golongan B40 dan M40 dapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak. 

Pelancaran program insentif kerusi keselamatan kanak-kanak (MyCRS) telah dilaksanakan.

Ini antara syarat kelayakan dan cara untuk mohon:

Subsidi sebanyak RM150 diberikan untuk ibu bapa B40 dan M40 untuk pembelian car seat. Jika anda beli lebih daripada amaun, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif. 

Syarat kelayakan:
- Isi rumah kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
- Mempunyai anak berusia kurang daripada 12 tahun
- Ibu yang sedang hamil 
- Warganegara menetap di Malaysia

Cara memohon:
1. Semak kelayakan bagi insentif MyCRS 2023 di laman sesawang MIROS di sini mulai 19 Jun 2023 sehingga 30 September 2023.

2. Buat permohonan di sini mulai 19 Jun 2023. (Bagi yang pernah memohon, anda boleh buat permohonan baru mulai 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023).

3. Beli kerusi keselamatan kanak-kanak di kedai yang tersenarai di laman web MyCRS.

4. Sediakan dokumen untuk tebus insentif.
- MyKid atau sijil lahir anak 
- Buku rekod kesihatan ibu mengandung atau buku pink (untuk anak yang masih dalam kandungan).

Hanya satu kerusi keselamatan saja yang diperuntukkan melalui program insentif ini untuk satu isi rumah. 

Pastikan anda tebus sehingga 30 September atau sehingga RM12 juta habis ditebus!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: