"Lama Tak Jumpa Sebab PJJ" - Si Kecil Hampir Lupa Wajah Ayah Ini Menyayat Hati Ramai
Sedihnya, nasib baik dia peluk juga.
Tidak dinafikan, ada pasangan suami isteri yang terpaksa duduk berjauhan akibat belajar ataupun kerja
Memang tidak mudah untuk kekalkan hubungan dan menghadapi cabaran sepanjang long distance relationship.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil keliru dengan wajah ayahnya setelah lama tak jumpa telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebab lama tak jumpa, anak keliru muka ayah
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang berada di lapangan terbang untuk bertemu dengan keluarganya.
Namun apa yang lebih mengejutkan adalah apabila reaksi anaknya berjumpa ayahanda. Si kecil dilihat keliru dengan muka ayah kerana telah lama tidak berjumpa menyebabkan dia sudah lupa.
Pada akhir video, dia dilihat memeluk ayahnya dan mula mengenali ayahnya. Ramai yang sebak melihat video itu.
"Mak saya pesan klau PJJ macam ni banyak-banyak video call dengan ayah dia atau selalu tunjuk gambar ayah dia. Dia kenal walaupun jarang jumpa" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 126K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!