[VIDEO] Tular Lagi Kes Inspektor Tak Hormat Orang Bawahan Ini Raih Perhatian Ramai
Dah 3 video pasal dia viral.
Terdahulu, tular insiden seorang inspektor sengaja memarahi stafnya telah menarik perhatian ramai
Ramai yang berpendapat bahawa dia tidak perlu bersifat sekasar itu kepada stafnya hanya kerana pangkatnya lebih tinggi.
Baru-baru ini, tular lagi sebuah video mengenai inspektor wanita itu berbalah dengan salah seorang polis di balai telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Beri amaran jangan beri arahan kalau pangkat lebih rendah
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan situasi di balai polis yang tidak dikenal pasti lokasinya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila inspektor wanita yang dikenali sebagai Sheila itu sedang berbalah dengan staf di situ.
"Nama encik siapa, pangkat apa? Lans koperal, banyaknya lans koperal saya bertemu hari ini"
"In charge siapa, you incharge ke? Minta SM (sarjan mejar) datanglah saya inspektor…lans koperal kan? Pergi panggil SM"
"Jangan lans koperal bagi saya arahan…jangan ingat saya takut…pangkat lagi tinggi bagi arahan…jangan main-main dengan aku," kata inspektor itu.
"Boleh rosak organisasi keselamatan jika ada orang begini dalam team. Dia tak ada toleransi langsung dengan orang bawahan. Orang bawah tak akan hormat, tapi mengalah sebab malas nak bergaduh." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 683.6K views, 1K retweets dan 3K likes di Twitter, rata-rata netizen turut berang dengan caranya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!