seismik

"Siapa Beli Mesti Kena Bahan" - Design Baju Butik Mewah Ini Sama Pula Dengan Mamak Pelita

Peh, pakai baju branded lah mamak kat Pelita.

Cover image via @afifsukhairi (TikTok) & Malik Shahmeer (YouTube)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tak kenal Restoran Mamak Pelita di Kuala Lumpur ini bukan?

Restoran mamak yang besar dan menghidangkan pelbagai jenis menu makanan mulai pagi ke malam. Pekerja mereka juga dilihat mempunyai uniform yang menarik dan kemas. 

Lihat gambar itu di bawah: 

Ramai terkejut apabila ada butik mewah yang jual baju seakan-akan sama baju uniform mereka

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu sedang merakam baju di butik mewah yang dikenali sebagai VERSACE. 

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila baju itu dilihat sama dengan uniform yang dipakai oleh pekerja di mamak Pelita. Ramai yang terhibur dan membuat bahan lawak. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@afifsukhairi

Tudiaaa baju nasi kandar pelita pon ada juai kat VERSACE #fyp #versace #pelita #branded #apparel

original sound - Afif Sukhairi - Afif Sukhairi

"Baru aku tau, staff pelita semua pakai baju Versace. Patutlah sotong dengan udang situ mahal" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 384K tontonan, 26K tanda suka dan 778 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat baju itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sebiji sama ya, kelakarlah! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: