28 Tahun Berpisah Dengan Ibu, Lelaki Ini Bersyukur Akhirnya Dapat Peluk Dengan Syurga
Sebak tengok video.
Kehilangan seorang ibu sudah tentu akan membuatkan anak-anak terkesan
Iyalah, ibu merupakan orang yang paling dekat dengan kita sebelum kita dilahirkan lagi. Oleh sebab itu, kehilangan seorang ibu akan terasa.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berjumpa dengan ibu kandungnya semula setelah 28 tahun telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cari balik ibu kandung di Thailand selepas 28 tahun
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memandu ke sebuah lokasi untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertekad untuk berjumpa dengan ibu kandung di Thailand setelah 28 tahun. Alasan lelaki itu menunggu selama 28 tahun adalah disebabkan ego, dia pernah mendengar cerita buruk berkenaan ibunya daripada keluarga belah ayahnya.
Menerusi temu bual di rancangan Wanita Hari Ini, punca mencari ibunya semula apabila isterinya bertanya. Isterinya itu juga memujuk suami untuk mencari ibu setelah berkali-kali suaminya meluahkan rindu pada ibu.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Cikgu Saufi memutuskan untuk post di Facebook untuk mencari ibunya. Setelah tiga hari, ada yang mengenali ibunya dan membantu misi pencarian ibu kandungnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium. Allahu Akhbar, mata aku masuk habuk wei" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 920K tontonan, 5K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!