seismik

[VIDEO] Terjumpa Gambar Orang & Beras Dalam Botol Tepi Pantai, Ramai Percaya Ini Sihir

Macam gambar lama pun ada.

Cover image via @ayupy12 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masih ada lagi orang yang mengamalkan perbuatan syirik walaupun mereka tahu itu adalah dosa besar

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu terjumpa sesuatu yang pelik di tepi pantai yang tidak dikenal pasti lokasinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@ayupy12

Sumpahan apa ka ni guys. Ada gambar orang dgn beras dlm botol tu #fyp

original sound - Ejai_Aziz - Ejai_Aziz

Jumpa botol kaca yang ada isi di celah batu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang individu terjumpa botol kaca yang berada di celah batu seolah-olah disembunyikan daripada orang awam. 

Apa yang lebih menakutkan adalah apabila dalam botol itu berisi gambar lelaki dan beras. Botol itu kemudian diletakkan di situ secara sengaja. 

Ramai pula yang beranggapan bahawa ia adalah sihir untuk menutup rezeki lelaki itu. 

"Itu lah bahaya share gambar di media sosial, kita tak tau ada orang dengki pastu ambil gambar kita" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 45K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Hm, gambar pun zaman-zaman dulu. Tak tahu apa motif dia ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: