Kucing Kena Sawan, Tapi Ada Yang Buat Lawak Kena Ruqyah Ini Jadi Perbualan Netizen
Kesiannya.
Haiwan peliharaan seperti kucing sudah menjadi haiwan kegemaran orang ramai untuk pelihara
Ia disebabkan kucing merupakan haiwan jinak yang senang dijaga. Kucing juga sangat manja dan comel. Memang akan menyerikan lagi kehidupan tuannya.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan kucing terkena sawan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kucing kena sawan, sekumpulan pemuda pula selamba gelakkan
Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman menunjukkan seekor kucing bersama sekumpulan pemuda sedang berada di ruang tamu.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila kucing itu terkena sawan tiba-tiba, namun orang di sekeliling tidak memberikan bantuan malah ada yang membuat lawak seperti "kena ruqyahkan kot".
Berikutan dengan itu, pekara tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai.
Difahamkan, kucing sawan ada caranya untuk ditenangkan. Yang pertama, anda jangan panik. Seterusnya, anda perlukan tuala untuk pegang kucing supaya tidak dicakar. Pastikan pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.
Pegang badan sehingga sawannya selesai kerana takut ia akan mencederakan badan kucing. Jangan letak jari dekat dengan mulut kucing kerana takut kena gigit. Jangan lupa panggil mereka dengan lembut supaya dia tahu tuannya sentiasa berada di sisinya.
"Ya Allah, tak nak carut tapi memang tak guna la korang ni, sedih la. Korang ni kenapa jahat sangat?" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 65K views, 127 retweets dan 285 likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!