Gadis Cina Tukar Lukisan Dengan Nasi Lemak Di Pasar Malam Buat Peniaga Teruja - "Cantik!"
Cantik lukisan dia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Nasi lemak merupakan makanan ruji bagi semua rakyat di Malaysia, tidak kira kaum Melayu, Cina atau India
Malah, pelancong dari negara luar pun gemar makan nasi lemak apabila berkunjung ke negara kita. Makan pula panas-panas, aroma nasi bersama sambal ikan bilis dan rendang memang mampu membuka selera sesiapa sahaja.
Baru-baru ini, seorang pelukis Cina yang melancong di serata negeri singgah di sebuah pasar malam dan ingin bertukar lukisannya dengan sebungkus nasi lemak telah mencuri perhatian ramai.
Image via @yeebiiyaya_ (Instagram)
Menerusi video yang dikongsi oleh @yeebiiyaya_, kelihatan gadis tersebut datang ke gerai Nasi Lemak 9 Sudu yang terletak di Pasar Malam Taman Segar, Kuala Lumpur.
Sebaik saja dia memberitahu ingin menukar lukisannya dengan nasi lemak, peniaga tersebut kelihatan terkejut.
Namun, setelah dia menunjukkan hasil lukisannya, pak cik itu sangat teruja dan setuju untuk menukarkan lukisan dengan nasi lemaknya.
Image via @yeebiiyaya_ (Instagram)
Image via @yeebiiyaya_ (Instagram)
Image via @yeebiiyaya_ (Instagram)
Lihat video di bawah:
Comel je reaksi pak cik tu! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment