Bila Isteri Jadi Guru Kelas Anak, Gelagat Ayah Datang Ambil Report Card Cuit Hati Ramai
Okay tak tu dik?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang lelaki mengambil kad laporan anak telah mencuri perhatian ramai gara-gara isterinya sendiri merupakan guru kelas anaknya itu
Menerusi video berdurasi satu minit yang dimuat naik oleh @sazah_jue di laman TikTok, kelihatan suaminya hadir ke sekolah untuk mengambil kad laporan anak mereka.
Apa yang menghiburkan, pasangan suami isteri tersebut sempat menghulurkan tangan untuk berjabat sebelum membincangkan selanjutnya tentang prestasi anak mereka.
Manakala, anak lelaki mereka yang berada di sebelah bapanya tersenyum-senyum memerhatikan gelagat kedua ibu bapa mereka ketika melihat kad laporannya.
Di akhir video, penilaian itu berakhir dengan pukulan 'manja' guru berkenaan terhadap anaknya sambil ayahnya bergelak tawa.
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih satu juta tontonan, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat keluarga itu
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!