Kenali Izz Imil, Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Yang Menjadi Mahasiswa Termuda UM. Genius!
Wah, semoga berjaya dan terus sukses adik!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang kanak-kanak lelaki mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda yang mendaftar masuk ke Universiti Malaya (UM) baru-baru ini
Menerusi laporan Sinar Harian, kanak-kanak bernama Izz Imil Shahrom itu akan mengikuti pengajian Sarjana Muda Sains dalam Matematik.
Berdasarkan perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook, Izz Imil memasuki Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia ketika berusia enam tahun.
Seterusnya, kanak-kanak tersebut belajar O Level pada usia lapan tahun dan A Level pada usia 11 tahun.
Sementara itu, Naib Canselor UM, Noor Azuan Abu Osman meminta Izz Imil diberi ruang dan privasi untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan membiasakan diri berada di universiti
"Ini penting bagi memastikan dia dapat menjalani perkembangan fisiologi yang kondusif sambil melanjutkan pelajaran dengan jayanya," katanya.
Ibu kepada Izz Imil, Ilyah Abdul Aziz berkata anaknya itu telah menamatkan pengajian peringkat Tingkatan 4 dalam bidang matematik dan kimia ketika dia baru berusia lima tahun.
Dia juga berkata anaknya yang mempunyai autisme ringan dan hiperleksia, mengalami kesukaran bercakap tetapi telah menunjukkan minat yang mendalam dalam nombor sejak dia berusia tiga tahun.
Menurut laporan FMT, kebolehan Izz Imil adalah serupa dengan orang yang mempunyai savantisme, digambarkan sebagai menunjukkan kebolehan luar biasa dalam aktiviti intelektual atau sekumpulan aktiviti yang berkaitan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!