"Fly High, Stand Tall Rafida" - Pelajar UMS Jadikan Karung Guni Sebagai Bagasi Dibantu
"Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!" - Menteri Pendidikan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kisah seorang pelajar cemerlang yang menggunakan karung guni untuk mengisi barangan dibawa bagi mendaftar masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini, mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek
Menerusi posting yang dimuat naik Fadhlina di laman Facebook rasminya, beliau telah menghubungi remaja berkenaan Rafida Zaiddin dan menguruskan serta-merta semua urusan beban kewangan serta keperluan yang diperlukan pelajar itu untuk meneruskan pengajian.
"Rafida, anak yang cerdik. Berasal dari bumi bertuah, Sandakan. Keputusan peperiksaan beliau di Matrikulasi Labuan sangat membanggakan. Sedang mengikuti pengajian perakaunan di UMS. Bagaimana isu Rafida ini sangat dekat di hati saya? Kerana pada hari yang sama saya turut menghantar anak sulung saya ke universiti.
"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah Cikgu Rahman dan rakan saya Dr Abdullah Bade, pensyarah UMS yang telah melaporkan keadaan anakanda Rafida Zaiddin," katanya.
Semua keperluan pelajar terbabit telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian
Fadhlina dalam hantaran sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafida kerana telah memberi kesedaran bahawa perjuangan pendidikan manusiawi adalah kekuatan Malaysia.
"Fly high, stand tall Rafida. Insya-Allah Rafida tidak perlu risau apa-apa tentang pengajiannya. Semuanya telah diuruskan dengan baik sehingga habis pengajian. Semoga Allah SWT memberkati pengajian anakanda Rafida!," kongsinya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!