seismik

Portugal Bakal Keluarkan Syiling Khas €7 Dengan Wajah Cristiano Ronaldo

Keputusan mengeluarkan syiling istimewa itu diambil sempena karier gemilang Ronaldo yang berusia 39 tahun.

Cover image via Getty Images via UEFA & @FootballFactly (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Buat julung-julung kalinya, negara Portugal bakal mengabadikan wajah pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo di atas syiling €7 (RM32) mereka

Menerusi laporan Harian Metro, syiling €7 (RM32) terbabit mendapat inspirasi daripada jersi ikonik penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal itu dan bakal menjadi tumpuan peminat pengumpul syiling serata dunia, menurut pakar duit syiling Dan Barret.

Permukaan syiling khas itu bakal menampilkan wajah pemenang lima kali Ballon d'Or terbabit dengan perkataan 'CR7' yang timbul di atasnya.

Keputusan mengeluarkan syiling istimewa itu diambil sempena karier gemilang Ronaldo yang berusia 39 tahun. Dia menjaringkan 130 gol untuk negaranya selaain membawa Portugal menjuarai Euro 2016 dan membantu A Selecao menjulang trofi Liga Negara-Negara pada 2019.

Cristiano Ronaldo

Image via Getty Images via GOAL

Difahamkan, syiling terbabit juga akan diiktiraf sebagai mata wang rasmi di Portugal

Ronaldo yang baru-baru ini muncul individu pertama dalam sejarah mengumpul lebih 1 bilion pengikut di media sosial bakal menyaksikan wajahnya menghiasi syiling terbabit yang akan diiktiraf sebagai mata wang rasmi.

Sebagai rekod, Ronaldo yang melepasi 900 gol dalam kariernya ketika menentang Croatia awal bulan ini turut menyasarkan untuk menjadi pemain pertama menjaringkan 1,000 gol profesional sebelum menggantung but secara rasmi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya SAYS Seismik:

You may be interested in: