seismik

"Malaysia Boleh, Alhamdullilah" - Johan Ghazali Tewaskan Josue Cruz Dalam ONE 168: Denver

Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).

Cover image via ONE Championship

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

"Malaysia boleh, Alhamdulillah" - Itulah kata-kata yang diucapkan jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar selepas berjaya menewaskan Josue Cruz secara knockout (KO) dalam aksi ONE 168: Denver hari ini

Dalam perlawanan berlangsung di Ball Arena di Denver, Colorado, Amerika Syarikat itu Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo menewaskan pertarung dari Mexico itu secara knockout (KO) pada pusingan pertama.

Ia sekali gus menyaksikan Jojo berjaya melebarkan rekod kemenangan 6-1 dan meraih bonus kemenangan AS$50,000 (RM216,699).

Lebih bermakna, kejayaan itu juga diraih di negara kelahiran ibunya, Jeanna Johnson.

Kemenangan itu juga berjaya menebus kekecewaan Jojo yang tewas kepada Tran Duy Nhat Nguyen di ONE 167 sebelum ini yang menjadi kekalahan pertama dalam karier profesionalnya.

"Pertama sekali, saya mengucapkan Alhamdullillah atas kemenangan ini" - Johan Ghazali

"Cruz berjaya mengasak saya dengan beberapa tumbukan yang baik sehingga hidung saya berdarah. Tetapi, saya tidak mengalah.

"Alhamdulillah, ALLAH yang berikan segalanya. Secara jujurnya, jika anda tanya saya, lima atau enam tahun lalu adakah saya akan berasa di posisi ini sekarang, saya yakin.

"Saya letakkan usaha setiap hari dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya di sini.

"Sudah semestinya, Assalamualaikum orang Malaysia. Apa khabar korang. Sihat ke kat sana tu, rindu betul Malaysia. Malaysia boleh, Alhamdulillah," katanya selepas perlawanan tersebut.

Mengulas mengenai kejayaannya meraih bonus kemenangan kedua dalam kariernya, dia bagaikan tidak menyangka atas pencapaiannya itu.

"Saya pernah katakan ketika menang bonus pertama pada usia 16 tahun ia sebagai sesuatu yang gila dan sekarang saya baru berusia 17 tahun (untuk bonus kedua)," ujarnya.

Tonton video penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: