seismik

Johan "Jojo" Ghazali Rangkul Gelaran ‘Breakout Star Of The Year’ One Championship

Terbaiklah anak muda!

Cover image via ONE Championship (Facebook) & @johanghazali_ (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Remaja berusia 17 tahun berdarah campuran Malaysia-Amerika, Johan Ghazali berjaya merangkul gelaran 'Breakout Star of The Year' One Championship

Menerusi laman Instagram rasmi One Championship, Johan "Jojo" Ghazali telah diumumkan sebagai satu fenomena walaupun baru berusia 17 tahun.

Dengan rekod 5-0 yang sempurna dan empat keputusan kalah mati tahun ini di bawah kategori Muay Thai, Johan berjaya menewaskan beberapa pesaing yang sukar untuk mendapat gelaran 'Breakout Star of 2023'.

Dapat lebih banyak perhatian selepas menumpaskan bekas pencabar ONE Flyweight Muay Thai World Title, Edgar Tabares dalam hanya 36 saat

Berdepan dengan bekas pencabar ONE Flyweight Muay Thai World Title, Edgar Tabares, Johan hanya memerlukan 36 saat sahaja untuk menewaskan lawannya, hampir empat minit lebih pantas daripada yang dilakukan oleh Rodtang “The Iron Man” Jitmuangnon.

Tahun 2023 dilihat sebagai tahun sempurna buat Johan ketika dia beralih daripada prospek yang sedang berkembang kepada pencabar yang berkualiti.

Admin masa umur 17 tahun pergi rumah member niat nak study tahu-tahu dah terpegang controller XBOX :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: