Bayi Lahir Di KLIA, Netizen Suruh Ibunya Letak Nama 'Siti Nur Airport' Atau ‘KLIA Fairy’
Sedap juga nama tu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kelahiran bayi kadangkala tak dapat dijangka apabila ada ibu yang tidak sempat dibawa ke hospital dan melahirkan anak di tempat awam
Itulah yang dapat dilihat melalui perkongsian @MY_Airports di platform X berkongsi seorang ibu melahirkan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menerusi hantaran tersebut si ibu yang merupakan seorang penumpang dikhabarkan melahirkan anaknya di balai menunggu KLIA Terminal 1.
Pasukan Aviation Security (AVSEC) dikatakan pantas membantu dan memanggil pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medilife Paramedic untuk membantu wanita terbabit.
Ibu bersama bayinya kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan dan pemantauan yang lebih rapi.
"Adik ni boleh flex dia lahir kat airport, welcome to the world!" - Netizen
Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 306K views, 1.9K likes dan 539 reposts.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen lain daripada netizen:
Netizen berseloroh namakan bayi tersebut Siti Nur Airport
Menerusi tinjauan di bahagian komen, dapat dilihat netizen kagum bagaimana bayi tersebut mendapat tempat lahir di KLIA.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh dengan mencadangkan nama bayi tersebut dikaitkan dengan lapangan terbang berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!