seismik

"10,000 Dollar Punch" - Atlet Muay Thai Negara Ini Tewaskan Lawan Hanya Dalam Masa 16 Saat

Malaysia boleh!

Cover image via Muhammad Johan Ghazali (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Atlet Muay Thai dari Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuat penampilan sulung Kejuaraan ONE dengan aksi yang menakjubkan di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok apabila berjaya menewaskan lawannya pada perlawanan kalah mati

Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Sarawak ini hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berusia 18 tahun dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertembungan flyweight Muay Thai mereka.

Kemenangan ini melayakkan Johan atau lebih dikenali sebagai 'Jojo' membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak 350,000 baht (kira-kira RM44,533) sebagai bonus prestasi.

“Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya untuk membuat penampilan sulung di ONE Championship dan kemenangan kalah mati adalah di luar jangkaan,” katanya kepada BERNAMA.

Jalani latihan intensif selama satu setengah bulan untuk mempersiapkan diri sebelum menghadapi pertarungan ONE Championship

“Saya sentiasa mahu bertarung dalam ONE Championship. Jadi, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat saya. Saya berlatih kira-kira lapan jam sehari – empat jam dari 6 pagi dan empat jam lagi pada sebelah petang dari 4 petang. Ya, kerja keras saya membuahkan hasil.”

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih saya Addy Singpayak. Dia menjaga saya. Dia seorang jurulatih yang sangat berdedikasi dan memastikan saya berlatih secara konsisten,” kongsinya yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap.

Sebagai rekod, Johan pernah memenangi kejuaraan kategori 14-15 (bawah 60kg) pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia IFMA 2022 pada tahun lalu.

Tonton video penuh aksi Jojo menumpaskan lawannya dalam masa 16 saat di bawah:

Tahniah Jojo! Anda adalah kebanggaan negara dan rakyat Malaysia :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: