seismik

Tiada Tauliah Mengajar Agama Di Selangor, Punca Kuliah Ustaz Azhar Idrus Dibatalkan JAIS

Kuliah Maghrib Perdana itu kini ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan di Kuala Lumpur.

Cover image via Sebenarnya.my & Ustaz Azhar Idrus (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI berkata, pihaknya terpaksa membatalkan kuliah Maghrib yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Selangor

"Dukacita dimaklumkan bahawa kuliah maghrib perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Febuari 2023 (Ahad) terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor (JAIS).

"Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda," tulis pengendali Facebook Ustaz Azhar Idrus itu.

Kuliah Maghrib Perdana pada tarikh tersebut kini ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg. Pandan di Kuala Lumpur

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati, ada netizen yang mendakwa pernah menguruskan kuliah UAI sebelum ini mengatakan sememangnya pihak UAI tidak mempunyai tauliah mengajar di negeri Selangor.

Malah, ada juga netizen menyatakan pihak penganjur sepatutnya memohon permit khas terlebih dahulu untuk program tersebut.

Ada juga sebahagian mengatakan ia disebabkan oleh Titah Sultan Selangor yang tidak mahu penceramah agama yang mempunyai kaitan secara langsung dengan politik kepartian untuk berkuliah di Selangor.

Pihak JAIS akhirnya tampil memberi kenyataan rasmi mengenai isu yang tular

Menurut JAIS, pembatalan kuliah maghrib pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong pada Ahad ini adalah disebabkan penceramah itu tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Hasil semakan mendapati bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di negeri Selangor.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Shahzihan turut menegaskan pihak masjid atau surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.

Berikut di bawah adalah kenyataan rasmi penuh daripada JAIS:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: