seismik

"Takut Pada Bayang-Bayang" - Ustaz Abdullah Khairi Dakwa Digam Sertai Forum Perdana

Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk sertai dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Cover image via @abdullahkhairi_official (Instagram)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penceramah bebas, Abdullah Khairi Harun atau lebih dikenali Ustaz Abdullah Khairi mendakwa beliau disekat untuk menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang akan berlangsung di Masjid Kampung Baru pada 1 Februari ini

Perkara itu dikongsikan Ustaz Abdullah Khairi di Instagramnya hari ini dengan memaparkan poster beliau 'dipangkah'.

Menerusi poster berkenaan, program itu turut menjemput penceramah lain seperti Haslin Baharin yang dikenali sebagai Ustaz Bollywood dan Datuk Mohd Izhar Arif Kashim dan dihoskan Zakaria Othman.

Berikut di bawah adalah posting yang dimuat naik beliau di Instagram:

Ustaz Abdullah Khairi turut memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program sebelum ini termasuk Forum Perdana berkenaan

Beliau juga sempat menyindir pihak terlibat yang disifatkan takut kepada bayang-bayang, bagaimanapun tidak menyatakan sebab dirinya disekat.

"Dua program dah kena gam! Haaaa takut pada bayang bayang. Dua bulan aku di Mekah (Rezeki itu tetap ada, biarpun bukan di Malaysia, namun di negara luar iaitu Arab Saudi).

"Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur (KL) dan Masjid Al Najihin KL - bye bye (selamat tinggal)!," kongsinya.

Sementara itu, Masjid Kampung Baru KL turut dilihat memuat naik poster baharu di laman rasmi Instagram mereka

Dalam posting berkenaan, pihak masjid memaklumkan bersempena Hari Wilayah Persekutuan Masjid Kampung Baru KL bakal mengadakan Forum Perdana yang dihadiri oleh penceramah jemputan bersama moderator.

Selain itu, sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak masjid mengenai isu yang timbul dan tidak dinyatakan juga mengapa Ustaz Abdullah Khairi tidak berada di dalam poster tersebut.

Pada masa yang sama, pihak masjid turut menjemput semua kaum muslimin dan muslimat untuk hadir sama-sama mengambil manfaat dan ilmu sambil mengimarahkan lagi majlis serta masjid pada hari berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: