seismik

[VIDEO] Dikecam Normalisasikan Bahasa Lucah Hina Wanita, Maszlee Malik Tampil Mohon Maaf

Permohonan maaf secara terbuka itu dibuat susulan skrip kontroversi drama bersiri ‘Kudeta’ yang tular baru-baru ini.

Cover image via Aliff Ahmad (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tampil memohon maaf secara terbuka khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog 'kiasan' dan tidak bersesuaian dalam drama bersiri Kudeta, yang dilakonkannya baru-baru ini

Beliau yang melakonkan watak bekas perdana menteri yang dipenjarakan dalam siri tersebut, mengakui kesal dengan penggunaan ayat yang tidak sepatutnya diucapkan.

Menurutnya, secara peribadi beliau mengakui kekhilafan dan kesilapan yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda orang ramai.

Tambahnya lagi, beliau sedar impak karya seni seperti filem dan drama dalam menyampaikan sesuatu mesej, namun tidaklah sehingga menyinggung atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Berikut di bawah adalah posting yang dimuat naik beliau di Facebook:

"Saya Dr Maszlee bin Malik ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua terutamanya kepada kaum wanita di mana jua kalian berada.

"Saya mengakui kekhilafan dan kesilapan kerana melakonkan watak perdana menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya, yang telah mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua.

"Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat samada secara peribadi mahupun umum," katanya.

Tular video dialog 'kiasan' yang diungkapkan oleh Maszlee di media sosial

Dalam drama tersebut, watak yang dipegang Maszlee, Jamal Banna, mengungkapkan dialog yang berbaur penghinaan kepada kaum wanita, sekali gus menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak memandangkan latar belakang Maszlee sebagai bekas menteri yang memegang portfolio pendidikan.

Pada masa yang sama, video dialog 'kiasan' yang diungkapkan oleh Maszlee itu turut tular di media sosial ketika ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan mengkritik perbuatan normalisasi double meaning lucah dalam bentuk lakonan itu dibenarkan dan dianggap sebagai karya seni.

Berikut di bawah adalah babak video dialog 'kiasan' yang tular berkenaan:

Susulan tularnya video itu, Maszlee berharap pihak penerbit dapat menapis babak berkenaan demi menghormati sensitiviti ramai pihak

"Saya juga mengajak rakyat sekalian untuk menonton siri Kudeta yang merupakan drama Melayu yang julung kali berunsur politik, thriller dan aksi. Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi tersebut," ujarnya lagi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: