seismik

[RASMI] Song Joong Ki Tamatkan Zaman Duda, Kini Sah Berkahwin Dengan Katy Louise Saunders

Isterinya kini turut hamil dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Cover image via Han Myung-Gu/WireImage & Screengrab/YouTube/NewsenTV

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki mengejutkan para peminatnya dengan mengumumkan telah sah berkahwin dengan wanita pilihan hatinya iaitu Katy Louise Saunders

Pengumuman itu dimaklumkan sendiri oleh Joong Ki menerusi laman web kelab peminatnya (fan cafe) hari ini.

“Saya ingin berkongsi tentang perkara penting dan janji yang bahagia dalam hidup saya dengan anda semua.

“Saya telah berjanji kepada Katy Louise Saunders yang sentiasa berada di sisi dan menyokong saya untuk menghabiskan sisa hidup saya bersamanya.

“Dia memiliki hati yang baik, merupakan seorang wanita yang bijak, hebat yang amat saya kagumi. Terima kasih kepadanya kerana dia, saya menjadi orang yang lebih baik,” kongsinya.

Image via Go Kpop

Joong Ki sahkan isterinya kini turut hamil dan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi

Dalam masa yang sama, Joong Ki juga memaklumkan bahawa keluarga kecil mereka bakal dimeriahkan dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.

“Sememangnya, kami bermimpi untuk mewujudkan keluarga bahagia bersama. Kami telah meletakkan banyak usaha untuk memenuhi janji masing-masing. Kami juga sangat bersyukur kerana satu kehidupan baru telah hadir dalam hidup kami.

“Hari ini, berdasarkan kepercayaan dan kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain, kami dalam perjalanan pulang dari mendaftarkan perkahwinan untuk memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

“Saya sangat berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menghargai saya walau apa pun terutamanya Ki Aile (kelab peminat Song Joong Ki) yang memberikan kekuatan terbesar kepada saya sepanjang kerjaya lakonan saya.

“Saya akan berusaha untuk terbang lebih tinggi sebagai seorang pelakon dan individu dengan tanggungjawab dan semangat yang lebih besar,” tulisnya.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dimuat naik oleh Joong Ki:

Image via Soompi

Terdahulu, Disember lalu Joong Ki telah mengesahkan hubungan cintanya dengan Katy Louise Saunders.

Sebagai rekod, Joong Ki pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres popular Korea iaitu Song Hye Kyo pada 31 Oktober 2017.

Bagaimanapun pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai selepas hampir dua tahun berkahwin.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: