seismik

[VIDEO] Hukum 'Menari' Di TikTok, Ini Penjelasan Daripada Ustaz Azhar Idrus Sendiri

Betul sangat dah apa yang ustaz ni cakap.

Cover image via Sebenarnya.my & TikTok

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Melihat kepada trend terkini pelbagai video TikTok telah tersebar luas di media sosial dan mudah menjadi ikutan masyarakat tanpa mengira usia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dream.co.id

Sebagai rekod, TikTok merupakan aplikasi telefon yang membenarkan pengguna merakam video yang diiringi pelbagai genre muzik sebagai latar belakang.

Iringan muzik tersebut boleh dipercepatkan, diperlahankan dan boleh ditapis dengan beberapa pengubahsuaian.

Pengguna juga boleh menghasilkan video komedi dan melakukan pergerakan mulut secara senyap seiring dengan rentak muzik yang popular (lip-sync).

Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi Tik Tok di mana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari sama ada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?

Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi laman Facebooknya:

Hukumnya boleh jadi makruh dan juga haram bergantung kepada perbuatan individu tersebut

Menurut Ustaz Azhar Idrus, menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.

Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.

Jadi, kesimpulannya perempuan menunjukkan tariannya kepada lelaki yang ajnabi dalam keadaan berpakaian seksi atau mendedahkan sebahgaian aurat atau dengan gaya yang tidak tergamak melihatnya oleh orang yang waras adalah perbuatan yang haram lagi maksiat yang menunjukkan pelakunya tidak sempurna lagi bodoh.

Tonton video penuh Ustaz Azhar Idrus di bawah ketika mengulas isu hukum menari di TikTok:

Semoga perkongsian di atas memberikan manfaat dan ingatan kepada kita semua :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: