seismik

"Man Of Many Talents" - Alif Satar Dipuji Ramai, Mahir Guna Bahasa Isyarat Dengan OKU

Alif Satar is the true definition of Jack of All Trades.

Cover image via @johnlemmonnn (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahukah anda, bahasa isyarat digunakan sebagai medium berkomunikasi bagi golongan bisu dan individu yang mempunyai masalah pendengaran

Tular baru-baru ini, mengenai sebuah video yang dimuat naik @johnlemmonn di TikTok miliknya. Video yang berdurasi 43 saat itu, mendapat perhatian ramai terutamanya peminat kepada Alif Satar.

Penyanyi dan pengacara popular itu dilihat mahir menggunakan bahasa isyarat dengan seseorang yang difahamkan golongan orang kelainan upaya (OKU) percakapan.

Tonton video penuh itu di bawah:

@says.seismik Free dari gosip, berbakat tahu bahasa isyarat lagi. Macam ni la idola #seismik #beritasosial #saysseismik #socialnews #fyp @alifsatar original sound - Kak Lina - Bibik’s Yeyeng & Family

Di dalam video berkenaan, memaparkan bahawa ada seorang pak cik yang ingin mengambil gambar bersama Alif tetapi beliau menggunakan bahasa isyarat.

Namun tidak sangka, Alif juga mengerti bahasa isyarat tersebut lalu menggunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan pakcik itu.

Pak cik tersebut terkejut akan tetapi tetap meneruskan perbualan dan mengenalkan namanya kepada Alif.

"Alif ni the real one in the million kan... budi pekerti elok, personaliti terjaga" - Netizen

Perkongsian video itu menarik perhatian netizen kerana seperti yang ramai sudah maklum Alif merupakan seorang yang multi talented atau mempunyai bakat yang pelbagai.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati ia penuh dengan pujian daripada netizen dan sudah pastinya ramai yang memuji kredibiliti serta bakat penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian video telah pun meraih lebih 1.7M views, 237.2K likes dan 2,782 comments di TikTok.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:

Free daripada gosip, berbakat tahu bahasa isyarat lagi. Macam inilah baru idola!

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: