seismik

[RASMI] Netflix Turunkan Harga Langganan Di Malaysia Kepada RM28 Sebulan

Sebelum ini, pelan Asas (Basic) itu berharga pada RM35 sebulan.

Cover image via Mollie Sivaram/Unsplash & @NetflixMY (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berita gembira buat pelanggan setia Netflix terutamanya kepada yang melanggan pelan Asas (Basic) mereka

Netflix hari ini mengumumkan harga pelan Asas di Malaysia daripada RM35 sebulan kepada harga langgan terkini iaitu RM28 sebulan.

Menurut laporan, penyedia perkhidmatan langganan video 'over-the-top' itu berkata, matlamatnya adalah untuk menawarkan pilihan meluas filem dan tayangan berkualiti, disusun khas untuk pelanggan.

Katanya lagi, ahli baharu yang melanggan akan menikmati harga baharu bagi pelan Asas itu berkuat kuasa serta-merta, mulai hari ini.

Selain itu, kemaskini akan dibuat kepada pelanggan sedia ada dalam beberapa minggu akan datang bagi kitaran bil berikutnya.

Harga langganan itu adalah yang terendah pernah ditawarkan bagi pelan Asas itu setakat ini

"Pelanggan sedia ada akan diberitahu melalui e-mel dan masa sebenar akan bergantung kepada kitaran bil spesifik ahli," katanya.

Harga langganan itu adalah yang terendah pernah ditawarkan bagi pelan Asas itu setakat ini, memandangkan kategori itu ditetapkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM33 semasa Netflix membuat kemunculan sulungnya di negara ini pada 2016.

Pengumuman harga baharu itu juga adalah satu lagi kemas kini utama yang dilaksanakan Netflix terhadap pelan Asas untuk pelanggan di negara ini.

Pada November lalu, ia meningkatkan resolusi output kepada 720p HD bagi pelanggan pelan Asas, berbanding dengan 480p SD sejak perkhidmatan itu dimulakan di negara ini.

Image via Netflix

Bagi anda yang mahu pelan lebih murah dan menonton di telefon atau tablet sahaja, boleh langgan pelan Mudah Alih RM17 yang menyediakan resolusi tontonan SD 480p.

Buat pengguna yang berkongsi akaun menerusi pelan Standard atau Premium, tiada sebarang perubahan harga diumumkan. Masih kekal RM45 untuk Standard dan RM55 bagi Premium. 

Selain boleh ditonton serentak lebih dari 1 peranti (2 serentak di Standard dan 4 serentak di Premium), ia juga menyokong resolusi tontonan lebih tinggi iaitu FHD 1080p di Standard dan 4K+HDR di Premium.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: