seismik

MAPIM, ZUS Coffee Tampil Berkolaborasi Kutip Sumbangan Untuk Rakyat Palestin Di Gaza

Kempen 1,000,000 penyokong dan sleeve cawan edisi khas Gaza itu telah bermula sejak 15 Ogos lalu.

Cover image via ZUS Coffee (Facebook) & Bernama

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kopi Malaysia ZUS Coffee berkolaborasi dengan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi mengumpul dana kemansiaan untuk rakyat Palestin di Gaza melalui 'Kempen 1,000,000 Penyokong & Sleeve Cawan Edisi Khas Gaza'

Menurut laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kempen berkenaan sebahagian daripada usaha berterusan mereka bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan solidariti kepada penduduk Gaza, yang terjejas akibat genosid berterusan oleh rejim Zionis.

“ZUS Coffee sebagai rakan kongsi sinergi kempen ini, memperkenalkan sleeve cawan bertema Gaza edisi khas, yang akan disertakan pada setiap pembelian kopi di cawangan mereka di seluruh negara.

“Pengguna aplikasi ZUS juga akan dapat menyumbang menerusi pilihan yang disediakan di dalam aplikasi tersebut. Hasil sumbangan akan disalurkan kepada usaha bantuan kemanusiaan di Gaza,”
katanya.

Ahmad Sani berkata, melalui kempen sejuta cawan kopi edisi khas ZUS Cofee itu, pihaknya dan ZUS ingin menyampaikan mesej kepada masyarakat antarabangsa bahawa rakyat Malaysia akan terus bersolidariti bersama Gaza, dan pelanggan kopi itu boleh menyalurkan sumbangan melalui aplikasi ZUS serendah RM1 hingga RM10.

ZUS Coffee nyatakan pendirian dan sokong perjuangan kebebasan untuk Palestin

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Zuspresso Sdn. Bhd., Venon Tian berkata, kempen berkenaan merupakan langkah jenama kopi utama Malaysia itu, dalam menyatakan pendirian jelas menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

“Objektifnya, kita mahu menyebarkan mesej mengenai apa yang berlaku dibumi Palestin. Kita harap mesej kekejaman rejim Israel ini dapat disebarkan melalui secawan kopi kami.

“Kita pernah buat CSR tapi untuk skala ini kita tidak pernah buat, jadi kita bekerjasama dengan MAPIM untuk mendapatkan manfaat sebab kita ada 536 cawangan.

“Ini adalah platform yang baik untuk ZUS bekerjasama, untuk membuktikan apa yang kami boleh lakukan,” katanya.

Image via ZUS Coffee
Image via @ZUSCoffee (X)

Untuk rekod, ini adalah kolaborasi kali pertama antara MAPIM dengan ZUS Coffee dalam melancarkan solidariti terhadap rakyat Gaza.

Sebelum ini, ZUS Coffee pernah berkoloborasi dengan MAPIM dalam memberikan bantuan bekalan air kepada rakyat Palestin di Gaza.

Tonton video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: