seismik

ZUS Coffee Nyatakan Pendirian & Sokong Perjuangan Kebebasan Untuk Palestin

"Kami berdiri teguh menentang tindakan genosid di Palestin" - ZUS Coffee.

Cover image via Main Place Mall

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama rangkaian kedai kopi tempatan terkenal, ZUS Coffee hari ini mengeluarkan satu kenyataan berkenaan pendirian mereka terhadap genosid yang berlaku di Palestin ketika ini

Menerusi posting terbaru yang dimuat naik pihak mereka di media sosial, ZUS Coffee mengakui bahawa kenyataan mereka sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.

"Kami mengakui bahawa kenyataan kami sebelum ini tidak cukup jelas dalam menyatakan pendirian kami terhadap tindakan genosid di Palestin.

"ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.

"Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai mereka sebagai jenama tempatan Malaysia.

"Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda dalam perjalanan kami untuk terus berkembang dan belajar bersama anda (pelanggan)," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik itu.

Terdahulu, ZUS Coffee semalam memohon maaf berkenaan isu dakwaan yang mengaitkan jenama tempatan rangkaian kafe itu berkolaborasi dengan sebuah jenama fesyen terkenal.

Dalam kenyataan itu, ZUS Coffee menjelaskan bahawa ia bukan kolaborasi. Sebaliknya, ia adalah aktiviti 'one-off' di mana pihak ZUS Coffee telah mendaftar untuk menjual kopi mereka untuk dinikmati sesama rakyat Malaysia. Pemberian hadiah berkenaan juga adalah untuk aktiviti 'one-off'.

Lihat kenyataan penuh oleh pihak ZUS Coffee di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: