seismik

ZUS Coffee Mohon Maaf Atas Dakwaan Kolaborasi Dengan Jenama Fesyen Terkenal

"Kami ingin menjelaskan bahawa ia bukan kolaborasi" - ZUS Coffee.

Cover image via ZUS Coffee (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

ZUS Coffee hari ini tampil memohon maaf berkenaan isu dakwaan yang mengaitkan jenama tempatan rangkaian kafe itu berkolaborasi dengan sebuah jenama fesyen terkenal

Menerusi posting yang dimuat naik oleh ZUS Coffee di laman sosial media rasmi mereka, pihaknya menjelaskan bahawa ia bukan kolaborasi.

Sebaliknya, ia adalah aktiviti 'one-off' di mana pihak ZUS Coffee telah mendaftar untuk menjual kopi mereka untuk dinikmati sesama rakyat Malaysia. Pemberian hadiah berkenaan juga adalah untuk aktiviti 'one-off'.

"Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami mengekalkan diri kami pada tahap integriti tertinggi. ZUS Coffee tidak pernah sesekali mengaitkan diri kami dengan peperangan dan mengutuk tegas sebarang tindakan keganasan terhadap kemanusiaan.

"Kami akan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam pengendalian kami, dalam aktiviti kami lakukan, dan jenama yang kami.

"Untuk mengelakkan perkara ini berulang, kami sedang mengambil setiap tindakan yang perlu untuk mengukuhkan dasar dan prosedur kami untuk memastikan kami mempraktikkan amalan yang terbaik.

"Kami dengan rendah hati memohon maaf atas kesilapan tersebut. Perkara ini tidak akan berlaku lagi," ujarnya dalam satu kenyataan di media sosial.

Lihat kenyataan penuh oleh pihak ZUS Coffee di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: