seismik

[VIDEO] "Made In Gaza" - Ini Trak Bomba Pertama Buatan Tangan Rakyat Palestin Sendiri

Jentera berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza.

Cover image via Middle East Monitor & MyAqsa Defenders (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dengan kerjasama NGO, Cinta Gaza Malaysia bersama-sama MyAqsa Defenders, Pertahanan Awam Palestin kini akhirnya berjaya memiliki trak bomba pertama buatan tempatan sendiri

Trak berkenaan dicipta dan direka oleh pakar, jurutera serta juruteknik Palestin di Semenanjung Gaza dan berjaya disiapkan dalam masa kurang daripada tiga bulan.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh MyAqsa Defenders di laman Facebook rasminya, menurut mereka trak berkenaan kini telah bersedia untuk beroperasi di lapangan.

"Alhamdulillah dengan izin Allah siapkan juga trak Bomba Gaza, Palestin dan inilah yang pertama "Made In Gaza". Sumbangan kalian tidaklah sia-sia melainkan terus memberi manfaat buat mereka yang sedang berjuang membina negara.

"Kita berharap agar trak-trak Bomba yang bakal keluar mampu menjadi pasukan respons yang ke hadapan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

"Syukran Ya Malizi!," katanya.

Trak yang dibina itu hasil sumbangan orang ramai di Malaysia

"Alhamdulillah dengan izin Allah sumbangan yang diberikan sewaktu perang Saif Al-Quds pada Ramadhan lepas telah kita salurkan sedikit demi sedikit untuk projek impak dan keperluan rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.

"Untuk pengetahuan semua, trak ini adalah trak pemadam api yang pertama di Semenanjung Gaza yang membawa lebih dari 5700 liter air.

"Inilah hasil sumbangan kalian yang telah sama-sama berjuang untuk rakyat Palestin dan semestinya demi pembebasan Baitul Maqdis.

"Terima kasih rakyat Malaysia!," ujarnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: