seismik

Tular Poster Pertandingan Buku Skrap Sempena Merdeka Guna Tentera China Undang Kecaman

Difahamkan, guru yang menghasilkan poster itu sudah memohon maaf pada Jumaat lalu.

Cover image via En Abdul (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini, sebuah poster pertandingan buku skrap sempena bulan kemerdekaan yang bertemakan tokoh kemerdekaan di Malaysia mengundang kecaman rakyat Malaysia

Difahamkan, poster tersebut mengundang perdebatan dan pertikaian ramai kerana menggunakan gambar propaganda tiga anggota tentera China.

Walau bagaimanapun, guru yang menghasilkan itu sudah memohon maaf pada Jumaat lalu selepas tularnya poster berkenaan di media sosial.

"Assalammualaikum WBT, berkenaan dengan poster buku skrap kemerdekaan yang telah dikeluarkan oleh saya (Nurul Afiza) pada 15/8/2024.

"Saya memohon maaf dari pihak saya sekali lagi di atas kesilapan yang telah saya lakukan. Saya memohon jasa baik kepada yang masih menyimpan gambar poster tersebut untuk memadamnya dari simpanan tuan/puan. Poster yang baharu saya lampirkan di sini. Sekian, terima kasih," katanya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan guru terlibat

Menurut laporan Bernama, Pengarah JPN Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ia telah menyinggung dan mengguris hati banyak pihak.

Beliau turut memohon maaf atas kecuaian guru terbabit yang tidak peka dengan menggunakan gambar templat yang diambil daripada Internet sebagai bahan promosi untuk pertandingan berkenaan.

"Laporan awal telah diterima daripada pihak sekolah, guru dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Seberang Perai Tengah (SPT) berhubung perkara ini dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kita kesal atas kecuaian yang telah berlaku dan amat berharap semua pihak bersabar dan beri ruang kepada PPD dan JPN untuk jalankan siasatan. Tindakan sewajarnya akan diambil bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Pengarah JPN Pulau Pinang, Datuk Abdul Said Hussain

Image via Bernama

Mengulas lanjut, Abdul Said berkata guru terbabit didakwa tidak sengaja menggunakan gambar itu pada poster berkenaan dan permohonan maaf telah dibuat guru itu pada Khamis lepas, manakala poster pertandingan asal juga sudah ditarik balik dan telah digantikan dengan poster lain.

Beliau berkata poster berkenaan pada mulanya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp ibu bapa oleh guru sekolah itu pada 15 Ogos sebagai makluman untuk pelajar sekolah menyertai pertandingan yang dianjurkan pihak sekolah bersempena dengan Bulan Kebangsaan.

JPNPP katanya, amat menggalakkan inisiatif pihak sekolah, PPD, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti Swasta (PIBKS) dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan menerusi penganjuran pelbagai aktiviti untuk mengukuhkan jati diri, namun ia perlu mendapat kelulusan daripada pihak atasan sebelum dilaksanakan.

"Setiap aktiviti yang dilaksanakan perlu dibentangkan dalam Mesyuarat Panitia atau Mesyuarat Kokurikulum dan diluluskan serta disahkan oleh Ketua Jabatan.

"Ia bertujuan semakan, pembetulan, penjaminan kualiti dan pengesahan sebelum aktiviti pembelajaran seperti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), pertandingan ko-akademik dan sebagainya untuk mengelakkan kesilapan atau ketidakpatuhan kepada dasar-dasar kurikulum kebangsaan dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: