seismik

PMX Umum Pelarasan Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus, Pengurusan Tertinggi Tujuh Peratus

Pelaksanaan pelarasan gaji itu dilakukan menerusi dua fasa bermula 1 Disember depan dan 1 Januari 2026.

Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan hari ini mengumumkan pelarasan gaji 15 peratus kepada Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional, manakala 7 peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Menerusi siaran langsung di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan pemberian tersebut dibuat secara bertahap dan berfasa iaitu fasa satu pada 1 Disember ini, manakala fasa dua pada 1 Januari 2026.

“Pelaksanaan Kumpulan Pelaksana serta Pengurusan dan Profesional untuk fasa satu adalah 8 peratus dan fasa dua pula 7 peratus.

“Bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi, fasa satu adalah 4 peratus, manakala fasa dua adalah 3 peratus,” katanya pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pagi ini.

Tambah Anwar lagi, seperti penjawat awam sedang berkhidmat yang akan diselaraskan gaji pada Disember 2024, penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Justeru, Perdana Menteri berkata julat peningkatan pendapatan yang bakal diterima penjawat awam adalah 16.8 hingga 42.7 peratus, dengan mengambil kira faedah berganda.

Beliau memberikan contoh seorang Pembantu Hidupan Liar, Gred G11, dengan pendapatan bulanan pada 30 November 2024 sebanyak RM1,795 akan menerima pendapatan bulanan sebanyak RM2,115 mulai Disember 2024 berdasarkan pelarasan gaji Fasa 1.

Tambahnya semasa pelarasan gaji Fasa 2 pada 1 Jan 2026, beliau akan menerima pelarasan sebanyak tujuh peratus menjadikan jumlah pendapatan bulanan Fasa 2 berjumlah RM2,327.

"Kaedah atau formula pengiraan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dalam sesi libat urus yang akan diadakan selepas pengumuman," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: