Azizulhasni Awang Cipta Rekod Baharu Kebangsaan Acara Pecut Individu Di Olimpik Paris 2024
Tahniah Pocket Rocketman!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu kebangsaan pecut individu, apabila mencatat masa 9.402 saat (s) pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris
Menurut laporan Harian Metro, catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s pada saingan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.
Catatan itu sekali gus menyaksikan Azizul yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman mengakhiri saingan kelayakan pecut individu lelaki di tempat ke-10.
Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan ke-24 menerusi 9.635 saat.
Walaupun tidak mencatatkan kedudukan lima terbaik namun dua wakil negara itu layak untuk meneruskan perjuangan dalam acara pecut yang akan bermula beberapa jam lagi.
Pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen mencipta sensasi apabila mencipta rekod baru dunia selepas mengakhiri saingan pecut di tempat pertama menerusi 9.088 saat.
Pusingan kelayakan yang boleh dianggap paling pantas itu turut menyaksikan rekod dunia dipecahkan dua kali.
Pelumba Australia, Mathew Richardson terlebih dulu mengatasi rekod dunia milik pelumba Belanda, Harrie Levreysen 9.099s, apabila merakam masa 9.091s.
Namun Levreysen yang terakhir ke trek, memintas catatan itu apabila merampas semula rekod dunia dengan catatan 9.088s.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!