"Penumpang Lelaki Yang Degil Bakal Didenda Jika Ceroboh Guna Koc Wanita" - Anthony Loke
Tujuan koc wanita diwujudkan adalah untuk keselamatan, keselesaan dan keyakinan penumpang wanita menggunakan pengangkutan awam.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pengangkutan sedang merangka undang- undang termasuk mempertimbangkan hukuman denda terhadap lelaki yang menceroboh koc atau gerabak wanita
Menurut laporan FMT Malaysia, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat ini tiada sebarang peruntukan berhubung perkara tersebut.
"Kami sedang merangka denda yang sewajarnya untuk lelaki yang tidak dengar (degil) ini," katanya ketika sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan baru-baru ini.
Anthony berkata demikian mengulas mengenai insiden lelaki sengaja memasuki koc wanita yang ditawarkan oleh komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Transit Aliran Massa (MRT) serta Transit Aliran Ringan (LRT).
Pemantauan secara berskala akan dilakukan oleh polis bantuan bagi memastikan tiada lagi berlaku pencerobohan di gerabak wanita
Sebelum ini, Persatuan Wanita Unity Malaysia (Perwim) menggesa kerajaan mewujudkan undang-undang khas bagi membolehkan tindakan diambil terhadap lelaki yang menyalahgunakan koc tersebut.
"Kaum lelaki harus menghormatinya.
"Tujuan gerabak wanita adalah untuk keselamatan, keselesaan dan keyakinan penumpang wanita menggunakan pengangkutan awam," kata Anthony Loke.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!