seismik

Penyertaan Dibatalkan, Perjuangan Azizulhasni Awang Di Sukan Olimpik Paris 2024 Berakhir

Penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny sebelum derny meninggalkan trek berkenaan.

Cover image via REUTERS

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perjuangan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas disingkirkan seawal saringan pertama acara keirin lelaki di Velodrom Saint Quentin, sebentar tadi

Menurut laporan Berita Harian, penyertaan pelumba berusia 36 tahun itu dibatalkan selepas didapati memotong derny (basikal elektrik bertindak sebagai pacer) sebelum derny meninggalkan trek sekali gus memaksa perlumbaan dimulakan semula tanpa penyertaan Azizulhasni.

Hanya lima pelumba memulakan perlumbaan dan saringan satu dimenangi pelumba Australia, Matthew Glaetzer sementara tempat kedua menjadi miliki pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland.

Sebagai rekod, dua teratas pada setiap saringan akan melayakkan diri ke pusingan suku akhir yang akan berlangsung esok.

Dua teratas pada 'repechages' yang akan berlangsung sekitar jam 1 pagi nanti akan turut mendapat slot ke pusingan seterusnya.

Image via REUTERS

Untuk rekod, pada temasya di Tokyo tiga tahun lalu, Azizulhasni menghadiahkan pingat perak buat negara dengan jaguh berbasikal Great Britain, Jason Kenny merangkul pingat emas sementara pingat gangsa menjadi milik Harrie Layversen dari Belanda.

Selepas ini, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom akan berentap dalam saingan 'repechanges'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: