seismik

Penduduk PPR Subang 1 Ganding Bahu Hias Blok Raih Pujian Warganet - "Macam Hotel 5 Star!"

Fuh, cantik!

Cover image via @nsulieza (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pangsapuri atau flat sering dikaitkan isu tidak menjaga kebersihan di kawasan sekeliling blok

Sikap segelintir penduduk yang suka membuang sampah merata-rata sememangnya membuatkan ramai memandang negatif terhadap masyarakat di sana.

Namun, baru-baru ini penduduk di PPR Subang 1 mencuri perhatian ramai apabila mereka bekerjasama mencantikkan blok dengan mendekorasinya seperti hotel.

Menerusi perkongsian video dan gambar daripada @nsulieza, kelihatan penduduk di tingkat 6 itu menghias blok mereka untuk pertandingan kebersihan dan keceriaan.

Apa yang membuatkan ramai terpukau adalah hasilnya sangat cantik persis seperti berada di lobi hotel mewah.

Perbezaan sebelum dan selepas tingkat itu diubah suai memang membuatkan sesiapa saja akan terpana melihatnya.

"Ni kalau abang grab ke foodpanda datang mesti terkejut tiba tiba ada satu tingkat lawa" - Warganet

Susulan tularnya video itu, ramai warganet memuji inisiatif dan kreativiti penduduk flat itu yang berjaya membuktikan bahawa tidak semestinya flat berwajah kusam saja.

Dah macam condo ya, terbaiklah!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: