Tak Jadi Cerai Hari Ini, Tapi Fazura Nekad Berpisah Demi Maruah & Kesejahteraan Fatima
Semoga dipermudah semua urusan mereka.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kes perceraian pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin ditangguhkan ke 7 Oktober ini
Menurut laporan Harian Metro, peguam syarie yang mewakili Nur Fazura iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, penangguhan itu dibuat susulan menerima cadangan baru daripada defendan yang mahu kes itu diselesaikan secara baik.
Susulan itu, Fazura dan Fattah telah memuat naik hantaran di Instagram masing-masing bersama anak mereka, Fatima.
Menurut Fazura, dia nekad untuk berpisah secara baik demi menjaga maruahnya sebagai wanita dan kesejahteraan anak mereka.
Manakala, Fattah pula memuat naik gambar isteri dan anaknya berserta kapsyen meminta doa baik daripada orang ramai.
Apa-apa pun, kami semua mendoakan agar Fazura dan Fattah sekeluarga diberi ketenangan untuk hadapi ujian ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!