'Kampong Lorong Buangkok', Satu-Satunya Kampung Tradisional Yang Masih Wujud Di Singapura!
Difahamkan, tanah kampung itu dibeli oleh seorang penjual ubat-ubatan Cina pada tahun 1956.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Singapura dikenali dengan sebuah negara yang sangat maju dan boleh dikatakan hampir kesemua kawasan dikelilingi dengan bangunan tinggi termasuklah perumahan
Namun, tahukah anda sebenarnya masih wujud sebuah perkampungan di Singapura yang masih bertahan sehingga hari ini?
Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok memaparkan dua lelaki menemu ramah seorang wanita warga emas Cina di Kampung Lorong Buangkok iaitu satu-satunya kampung yang ada di Singapura.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanandzal, wanita warga emas bernama Madam Sng Mui Hong tersebut merupakan pemilik Kampung Lorong Buangkok.
Menurutnya, kampung itu adalah tanah yang dibeli sendiri oleh arwah bapanya dan kini sudah 69 tahun perkampungan itu masih bertahan.
Apabila ditanya mengapa dia tidak mahu menjual tanah tersebut, Madam Sng Mui menjawab ia merupakan amanah dan wasiat daripada bapanya demi anak-anak dan cucu untuk masa depan.
Difahamkan, kerajaan Singapura tidak mengambil tanah tersebut kerana ia merupakan freehold land.
"Selagi pemilik itu tak nak jual, selagi itu Singapore tak boleh ambil tanah itu," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!