Khairul Aming Kongsi Rahsia Tiada Masalah Pekerja Resign - "Kena Jadi Bos Yang Staf Mahu"
Semua orang nak bos macam Khairul Aming!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Siapa saja di dunia ini yang tidak mahu bekerja di bawah majikan yang baik hati, sporting, dan tidak toksik betul tak?
Majikan memainkan peranan yang sangat besar dalam sesebuah syarikat demi menjamin kesetiaan pekerja untuk berkhidmat dalam tempoh yang lama.
Baru-baru ini, pempengaruh, usahawan dan idola ramai iaitu Khairul Aming berkongsi bagaimana caranya membina pasukan cemerlang sehingga tiada pekerjanya yang resign sehingga hari ini.
Khairul Aming atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman juga pernah berimpikan ciri-ciri majikan yang bagaimana beliau mahukan sejak 6 tahun dirinya menjadi seorang pekerja dalam dunia korporat.
Guna konsep 'kesamarataan' dari segi semua aspek termasuk bonus
"Bila kita yang jadi bos, kita kena tukarlah. Kita kena jadi bos yang pekerja kita mahukan. Jadi satu budaya yang saya ketengahkan ke dalam syarikat ialah saya tak ajar mereka (pekerja) menjadi toksik. Maksudnya, bersaing di antara satu sama lain," katanya.
Untuk memastikan perkara tersebut, beliau mengamalkan konsep kesamarataan dari segi bonus, duit poket, percutian dan beli-belah terhadap pekerjanya tidak kisah apa jua jawatan sekalipun.
"Saya nak ajar semua orang, kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih.
"Bukan aku yang buat lebih, kau dapat kurang. Tak ada begitu. Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, Alhamdulilah sekarang ini pun boleh kata tak ada yang resign setakat ini," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!