Khairul Aming Dedah Kos Shooting Di New Zealand Cecah RM80K, Sempat Kongsi Tips Di Live
Inspirasi sebenar!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming sekali lagi memberi inspirasi kepada orang ramai apabila dia berkongsi momennya bertemu Perdana Menteri New Zealand yang berkunjung ke negara kita
Menerusi live di TikTok, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman mendedahkan telah berbelanja puluhan ribu ringgit sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand bersama dua lagi kawannya.
"Ketika di sana saya banyak menggunakan wang di bahagian penggambaran. Saya ambil homestay yang lawa, makanan yang mahal dan banyak benda yang kami buat tempahan last minute.
"Jumlah kami berbelanja untuk tiga orang adalah RM80,000. Tetapi kalau pergi sendiri dan untuk melancong tidaklah semahal itu," katanya.
Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial sempat mencatat antara tips dan perkongsian daripada Khairul Aming di laman Threads, Instagram
"Sempat join 1 jam terakhir dari live Khairul Aming kat TT. Ya Allah sangat proficient dan knowledgeable ya ilmu yang disampaikan.
"Berlari terus kita capai pen and kertas catat semua tips diberi. Banyak sangat input. Izinkan saya share disini ya," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!