Lost & Found Floria Putrajaya: Anda Boleh Buat Tuntutan Mulai Hari Ini Hingga 8 September
Difahamkan, lebih 30 barang masih belum dituntut.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jika anda berkunjung ke Royal Floria Putrajaya antara 22 Ogos dan 1 September dan kehilangan barang, anda boleh menuntutnya mulai hari ini, 3 September
Menerusi posting di Facebook, Perbadanan Putrajaya mengumumkan barang yang hilang boleh dituntut di Kaunter Informasi Taman Botani Putrajaya, Presint 1, Putrajaya.
Terdapat kira-kira 45 barang yang hilang termasuklah payung, botol bayi, kasut, telefon, dompet, kad ATM, kad pengenalan, topi, wang tunai, dan juga kunci kereta.
Tuntutan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 8 September.
Jika anda kehilangan antara barang-barang ini, anda boleh mengambilnya dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari, dan 2 petang hingga 5 petang
Untuk bantuan lanjut, anda boleh menghubungi:
+6016-5662546 (Liyana)+6013-9679808 (Syahida)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!